THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Jumaat, 31 Julai 2009

contoh jawapan penulisan bahagian b.012

Penulisan Tuntas Bahasa Malaysia UPSR 1 Bahagian B : Menulis Karangan
PENULISAN TUNTAS BAHASA MALAYSIA UPSR – TAHUN 4, 5, 6
SUKATAN PELAJARAN TERKINI – FORMAT ITEM UPSR TERKINI
FORMAT ITEM / SOALAN KUNCI ITEM / SOALAN MEMPERLUAS AYAT
Umum Khusus Akan Sedang Telah Terkecuali Idea Contoh Impak
√ √ √ √ √
�� FORMAT ITEM / SOALAN
Item menulis karangan terbahagi kepada dua format iaitu {format umum / format khusus}.
�� KUNCI ITEM / SOALAN
Arahan item merujuk kepada idea yang mesti ditulis berdasarkan peristiwa semasa atau isi
karangan yang {akan berlaku / sedang berlaku / telah berlaku / terkecuali}.
Terkecuali pula tidak merujuk mana-mana kata bantu {akan / sedang / telah} semasa
murid memperluas ayat atau merangaki ayat melalui {Teknik I. C. I.}.
�� MEMPERLUAS AYAT {I. C. I}
Memperluas ayat atau merangkai ayat merujuk kepada {idea / contoh / impak}.
Jika memperluas ayat bagi mana-mana format karangan sesuai dengan {Teknik I. C. I.},
tandakan (√) dalam petak yang berkenaan seperti di atas.
�� KERANGKA IDEA {TEKNIK I. C. I.} {Idea / Contoh / Impak}
�� Info idea pendahuluan – contoh idea pendahuluan – impak idea pendahuluan
�� Idea 1 idea isi pertama – contoh kepada isi pertama – impak kepada isi pertama
�� Idea 2 idea isi kedua – contoh kepada isi kedua – impak kepada isi kedua
�� Idea 3 idea isi ketiga – contoh kepada isi ketiga – impak kepada isi ketiga
�� Idea 4 idea isi keempat – contoh kepada isi keempat – impak kepada isi keempat
�� Penutup idea penutup – contoh kepada idea penutup – impak kepada idea penutup
Panduan Model Tuntas UPSR Bahagian B
Penulisan Tuntas Bahasa Malaysia UPSR 2 Bahagian B : Menulis Karangan
PENULISAN TUNTAS BAHASA MALAYSIA UPSR – TAHUN 4, 5, 6
SUKATAN PELAJARAN TERKINI – FORMAT ITEM UPSR TERKINI
Autobiografi
Andaikan bahawa kamu sepasang kasut sukan, iaitu kasut bola sepak. Tuliskan perjalanan
hidup yang telah kamu lalui.
FORMAT ITEM / SOALAN KUNCI ITEM / SOALAN MEMPERLUAS AYAT
Umum Khusus Akan Sedang Telah Terkecuali Idea Contoh Impak
√ √ √ √ √
�� KERANGKA IDEA {TEKNIK I. C. I.} {Idea / Contoh / Impak}
�� Info dilahirkan di kilang kasut – dibuat daripada kulit – setia bekerja dengan lasak
�� Idea 1 diperiksa dan diluluskan – dimasukkan ke dalam kotak – menjadi tarikan pembeli
�� Idea 2 dibawa ke sebuah gedung – dipamerkan di dalam almari – menarik hati pembeli
�� Idea 3 didatangi oleh seorang pemuda – tertarik kepada aku – bersetuju membeli aku
�� Idea 4 tuan aku, pemian bola sepak Sarawak – sebagai penyerang – bekerja keras & lasak
�� Penutup kemampuan terbatas – mengalami kecederaan teruk – berakhirlah riwayat hidup
Aku Sepasang Kasut Bola Sepak
Aku sepasang kasut bola sepak, namaku Puma. Aku diperbuat daripada kulit yang
berkualiti tinggi. Oleh sebab itu aku sedia berhadapan dengan pelbagai cabaran yang
lasak dan ganas.
Idea
Contoh
Impak
Setelah siap dan diperiksa dengan teliti, aku menerima sijil kelulusan untuk
dipasarkan. Aku dimasukkan ke dalam kotak yang cantik dan menarik warnanya. Hal
ini demikian aku menjadi tarikan para pengemar kasut bola.
Idea
Contoh
Impak
Aku dan puluhan kawakku yang lain dibawa ke sebuah gedung sukan di ibu
kota. Kami dipamerkan di dalam almari kaca dengan rakan-rakan lain yang datangnya
dari seluruh dunia. Aku terpaksa bersaing untuk mengoda dan menawan hati pembeli.
Idea
Contoh
Impak
Pada suatu petang, seorang pemuda tampan datang ke gedung sukan tempat
aku dipamerkan. Dia tertarik kepada bentuk badanku dan harga yang ditawarkan.
A khirnya, pemuda itu bersetuju untuk membeli dan memiliki aku.
Idea
Contoh
Impak
Tuan baruku itu seorang pemain bola sepak bagi negeri Sarawak. Aku menjadi
teman setianya sebagai penyerang utama pasukan tersebut. Aku sentiasa berkerja
keras dan beraksi lasak setiap kali pertemuan dengan pasukan lain.
Idea
Contoh
Impak
Akhirnya, tubuhku sudah tidak mampu berhadapan dengan aktiviti lasak dan
tugas berat yang perlu aku sempurnakan. Aku mengalami kecederaan yang teruk di
bahagian badanku. Aku berasa sedih kerana tugasku telah diambil alih oleh rakanku
yang lain, berakhirlah tugasku di padang bola sepak.
Idea
Contoh
Impak
Model Tuntas UPSR 1
Penulisan Tuntas Bahasa Malaysia UPSR 3 Bahagian B : Menulis Karangan
PENULISAN TUNTAS BAHASA MALAYSIA UPSR – TAHUN 4, 5, 6
SUKATAN PELAJARAN TERKINI – FORMAT ITEM UPSR TERKINI
Cerita
Aktiviti gotong-royong telah diadakan di tempat tinggal kamu. Kamu terlibat menjayakan aktiviti
tersebut . Tuliskan cerita tentang aktiviti gotong-royong yang telah kamu lalui itu.
FORMAT ITEM / SOALAN KUNCI ITEM / SOALAN MEMPERLUAS AYAT
Umum Khusus Akan Sedang Telah Terkecuali Idea Contoh Impak
√ √ √ √ √
�� KERANGKA IDEA {TEKNIK I. C. I.} {Idea / Contoh / Impak}
�� Info menyertai aktiviti gotong-royong – sempena Hari Pekerja – diketui, ketua kampung
�� Idea 1 berkumpul di balai raya – membawa peralatan – menjayakan aktiviti gotong-royong
�� Idea 2 diagihkan, kumpulan kecil – kawasan yang dibersihkan – pembersihan teratur
�� Idea 3 kaum ibu sibuk memasak – menyediakan pelbagai juadah – bekerja, bersatu hati
�� Idea 4 pembersihan selesai – berkumpul semula di balai raya – terjalin suasana muhibah
�� Penutup aktiviti kemasyarakatan – penerapan nilai murni – memperkasa semangat kejiranan
Aktiviti Gotong-royong di Tempat Saya
Saya, bapa saya, dan kira-kira tiga puluh orang penduduk kampung telah menyertai
aktiviti gotong-royong. Gotong-royong ini diadakan sempena sambutan Hari Pekerja
pada tahun ini. Gotong-royong ini dirancang oleh ketua kampung kami.
Idea
Contoh
Impak
Tepat pada pukul lapan pagi, berpuluh-puluh orang penduduk kampung sudah
berkumpul di luar balai raya. Ada yang membawa cangkul, sabit, parang, dan pongkis.
Peralatan ini digunakan untuk menjayakan aktiviti gotong-royong tersebut.
Idea
Contoh
Impak
Kami diagih-agihkan kepada beberapa kumpulan kecil. Antara kawasan yang
dibersihkan termasuklah taman permainan, surau, parit, dan balai raya. Tujuannya
adalah untuk memudahkan kerja-kerja pembersihan dijalankan dengan lebih teratur.
Idea
Contoh
Impak
Pada masa yang sama, kaum ibu dan wanita sibuk menyediakan makanan dan
minuman di perkarangan balai raya. Pelbagai jenis juadah disediakan oleh mereka.
M ereka bersatu hati menjayakan program gotong-royong ini.
Idea
Contoh
Impak
Pada pukul 11.45 pagi, semua kerja pembersihan telah pun selesai. Petugaspetugas
telah berkumpul semula di balai raya untuk berehat dan menjamu selera.
Walaupun tampak letih tetapi semangat kerjasama, kemesraan dan suasana muhibah
telah terjalin antara semua yang telibat menjayakan gotong-royong.
Idea
Contoh
Impak
Aktiviti gotong-royong merupakan satu daripada aktiviti kemasyarakatan yang
mampu menjalin ikatan silaturahim penduduk setempat. Di samping itu, penerapan
nilai-nilai murni juga dapat dipraktikkan. Malahan, semangat kejiranan di kalangan
penduduk dapat diperkasakan.
Idea
Contoh
Impak
Model Tuntas UPSR 1
Penulisan Tuntas Bahasa Malaysia UPSR 4 Bahagian B : Menulis Karangan
PENULISAN TUNTAS BAHASA MALAYSIA UPSR – TAHUN 4, 5, 6
SUKATAN PELAJARAN TERKINI – FORMAT ITEM UPSR TERKINI
Menyambungkan Cerita
“Kawasan perumahan tempat saya tinggal terdapat sebuah taman permainan. Taman ini ...”
Mulakan karangan kamu dengan “Kawasan perumahan tempat saya tinggal ...”
FORMAT ITEM / SOALAN KUNCI ITEM / SOALAN MEMPERLUAS AYAT
Umum Khusus Akan Sedang Telah Terkecuali Idea Contoh Impak
√ √ √ √ √
�� KERANGKA IDEA {TEKNIK I. C. I.} {Idea / Contoh / Impak}
�� Info taman permainan di tempat saya – bersih dan cantik – pengguna bertanggungjawab
�� Idea 1 selalu berkunjung ke taman permainan – lokasinya sesuai – sibuk pada hari minggu
�� Idea 2 pelbagai alat permainan – contoh alat permainan – ada kalanya, main bola sepak
�� Idea 3 peluang berkenalan – kawan berbilang kaum – menjalin perhubungan, perpaduan
�� Idea 4 senja, suasana beransur sepi – melangkah pulang ke rumah – pasti berkunjung lagi
�� Penutup tempat perjumpaan tidak rasmi – aktiviti sukan, riadah – menjana semangat kejiranan
Taman Permainan Tempat Pertemuan
Kawasan perumahan tempat saya tinggal terdapat sebuah taman permainan. Taman
ini bersih dan cantik. Hal ini demikian kerana sikap orang ramai yang menggunakan
alat permainan dengan bertanggungjawab dan berdisiplin.
Idea
Contoh
Impak
Saya dan rakan-rakan saya selalu berkunjung ke taman permainan ini. Oleh
sebab, taman permainan ini terletak di tengah-tengah kawasan perumahan, taman ini
menjadi tumpuan ramai. Taman permainan ini lebih sibuk pada setiap hari minggu.
Idea
Contoh
Impak
Pelbagai jenis alat permainan terdapat di sini. Antaranya ialah papan lungsur,
jongkang-jongket, buaian, jambatan gantung, kerusi spring, dan lain-lain lagi. Ada
kalanya saya dan rakan-rakan bermain bola sepak di padang yang berhampiran.
Idea
Contoh
Impak
Semasa bermain di taman ini, saya juga berpeluang berkenalan dengan rakan
baru. Di samping itu, rakan-rakan yang bermain di taman ini terdiri daripada berbilang
b angsa. Sehubungan dengan itu, perhubungan dan perpaduan akan terjalin mesra.
Idea
Contoh
Impak
Menjelang senja, suasana riuh-rendah di taman permainan ini beransur sepi.
Saya dan rakan-rakan mula mengatur langkah untuk pulang ke rumah. Jika ada
kesempatan, kami akan mengunjungi taman permainan ini lagi.
Idea
Contoh
Impak
Taman permainan ini juga merupakan tempat perjumpaan tidak rasmi
penduduk setempat. Kesimpulannya, aktiviti sukan dan riadah di taman permainan ini
mampu sedikit sebanyak menjana semangat kejiranan, muhibah, dan setia kawan.
Idea
Contoh
Impak
Model Tuntas UPSR 1
Penulisan Tuntas Bahasa Malaysia UPSR 5 Bahagian B : Menulis Karangan
PENULISAN TUNTAS BAHASA MALAYSIA UPSR – TAHUN 4, 5, 6
SUKATAN PELAJARAN TERKINI – FORMAT ITEM UPSR TERKINI
Mengakhiri Cerita
“... Hulurkanlah bantuan kepada orang yang dalam kesusahan. Itulah nasihat mereka kepada
saya.” Akhiri karangan kamu dengan “Itulah nasihat mereka kepada saya.”
FORMAT ITEM / SOALAN KUNCI ITEM / SOALAN MEMPERLUAS AYAT
Umum Khusus Akan Sedang Telah Terkecuali Idea Contoh Impak
√ √ √ √ √
�� KERANGKA IDEA {TEKNIK I. C. I.} {Idea / Contoh / Impak}
�� Info rehat di kantin bersama kawan – sibuk, murid berpusu-pusu – membeli makanan
�� Idea 1 sedang makan, nampak murid menangis – berhenti makan – menghampiri murid itu
�� Idea 2 sedia membantunya – nasi yang dibelinya terjatuh – tiada wang lagi untuk berbelanja
�� Idea 3 mempunyai wang lebih – membelikan nasi lemak lain – pujuk, berhenti menangis
�� Idea 4 memberi nasihat – berhati-hati semasa membeli makanan – ucap terima kasih
�� Penutup menolong orang – pesanan ibu bapa dan guru – itulah nasihat mereka kepada saya
Prihatin Menghulurkan Bantuan
Pada waktu rehat, saya bersama rakan-rakan saya pergi ke kantin untuk membeli
makanan dan minuman. Suasana pada ketika itu agak sibuk kerana semua murid
berpusu-pusu untuk membeli makanan.
Idea
Contoh
Impak
Ketika saya dan rakan-rakan saya sedang makan, saya ternampak seorang
murid lelaki menangis teresak-esak. Saya terus berhenti makan. Saya menghampiri
murid tersebut untuk mendapatkan kepastian.
Idea
Contoh
Impak
Saya menyatakan hasrat untuk membantunya. Murid tersebut memberitahu
saya bahawa nasi lemak yang dibelinya telah terjatuh ke lantai. Malangnya, dia tidak
mempunyai wang lagi untuk membeli makanan pada hari itu.
Idea
Contoh
Impak
Kebetulan saya mempunyai wang pada hari itu, saya meminta seorang rakan
saya membelikan sebungkus nasi lemak sebagai ganti. Saya memujuknya supaya
b ersabar dan berhenti menangis.
Idea
Contoh
Impak
Sebelum beredar dari tempat itu, saya sempat menasihati murid tersebut. Saya
mengingatkannya supaya berhati-hati semasa membeli makanan. Dia mengucapkan
terima kasih kepada saya atas pertolongan yang telah diberikan.
Idea
Contoh
Impak
Sebagai seorang murid yang lebih tua, saya berkewajipan menolongnya. Saya
masih ingat pesan ibu bapa dan guru-guru saya. Hulurkanlah bantuan kepada orang
yang dalam kesusahan. Itulah nasihat mereka kepada saya.
Idea
Contoh
Impak
Model Tuntas UPSR 1
Penulisan Tuntas Bahasa Malaysia UPSR 6 Bahagian B : Menulis Karangan
PENULISAN TUNTAS BAHASA MALAYSIA UPSR – TAHUN 4, 5, 6
SUKATAN PELAJARAN TERKINI – FORMAT ITEM UPSR TERKINI
Fakta
Setiap tahun semua sekolah dimestikan mengadakan kejohonan sukan tahunan olahraga.
Terangkan faedah-faedah yang diperoleh apabila kita menyertai aktiviti tersebut.
FORMAT ITEM / SOALAN KUNCI ITEM / SOALAN MEMPERLUAS AYAT
Umum Khusus Akan Sedang Telah Terkecuali Idea Contoh Impak
√ √ √ √ √
�� KERANGKA IDEA {TEKNIK I. C. I.} {Idea / Contoh / Impak}
�� Info pesta sukan tahunan – hari sukan diadakan – aktiviti kegemaran murid-murid
�� Idea 1 bersukan, badan sihat – mengeluarkan peluh – memperoleh ketenangan
�� Idea 2 menambah kenalan – penglibatan dalam sukan – memupuk perpaduan kaum
�� Idea 3 menaikkan nama sekolah – apabila menang pertandingan – usaha berterusan
�� Idea 4 memanfaatkan masa – tidak bebas bergaul – terhindar daripada gejala negatif
�� Penutup aktiviti yang berfaedah – mempelbagaikan aktiviti positif – merebut peluang
Faedah-faedah Bersukan
Saban tahun sekolah kita akan menganjurkan pesta sukan. Pesta sukan biasanya
diadakan pada hari Sabtu atau hari Ahad untuk memberi peluang ibu bapa hadir.
Aktiviti tersebut memang ditunggu-tunggu oleh setiap murid.
Idea
Contoh
Impak
Menerusi penyertaan dalam acara sukan, badan kita akan sihat. Hal ini
demikian kerana apabila kita berlari badan kita akan berpeluh. Kesannya kita akan
memperoleh ketenangan dan memudahkan kita untuk mengulang kaji pelajaran.
Idea
Contoh
Impak
Aktiviti sukan juga boleh menambahkan rakan atau kenalan. Sebagai contoh,
penglibatan oleh pelbagai kaum dalam acara sukan yang dipertandingkan. Aktiviti ini
secara tidak langsung dapat memupuk perpaduan kaum rakyat Malaysia.
Idea
Contoh
Impak
Penyertaan dalam acara sukan dapat menaikkan nama baik sekolah. Hal ini
demikian apabila kita terpilih mewakili sekolah dan menjadi juara, nama sekolah kita
akan harum. Justeru, apabila kita sudah dewasa, kita berusaha untuk mengharumkan
n ama negara pula.
Idea
Contoh
Impak
Penyertaan dalam acara sukan bermakna kita dapat memanfaatkan masa
lapang kita. Jika tidak bersukan, mungkin kita bercampur gaul dengan budak-budak
nakal yang menyebabkan kita menjadi kacang hantu dan muka tembok. Kesannya, diri
kita bebas daripada gejala yang tidak sihat, sekali gus kita tidak berfikiran negatif
bagai katak di bawah tempurung.
Idea
Contoh
Impak
Sesungguhnya sukan merupakan aktiviti yang berfaedah yang perlu disertai
oleh setiap murid. Dalam usaha menjadi murid yang cemerlang, gemilang, dan
terbilang, kita janganlah sekadar menjadi ulat buku. Oleh itu, kita jangan melepaskan
peluang untuk menyertai aktiviti sukan yang dianjurkan oleh pihak sekolah.
Idea
Contoh
Impak
Model Tuntas UPSR 1
Penulisan Tuntas Bahasa Malaysia UPSR 7 Bahagian B : Menulis Karangan
PENULISAN TUNTAS BAHASA MALAYSIA UPSR – TAHUN 4, 5, 6
SUKATAN PELAJARAN TERKINI – FORMAT ITEM UPSR TERKINI
Perbincangan
Bersukan merupakan satu daripada aktiviti riadah yang sesuai dilakukan oleh semua peringkat
umur, tidak kira lelaki mahupun perempuan. Bincangkan faedah-faeadah yang boleh diperoleh
daripada aktiviti bersukan.
FORMAT ITEM / SOALAN KUNCI ITEM / SOALAN MEMPERLUAS AYAT
Umum Khusus Akan Sedang Telah Terkecuali Idea Contoh Impak
√ √ √ √ √
�� KERANGKA IDEA {TEKNIK I. C. I.} {Idea / Contoh / Impak}
�� Info kegiatan penting seharian – bersukan, badan sihat – badan lemah, berpenyakit
�� Idea 1 beraneka jenis sukan – olahraga, renang, bola sepak – anggota tubuh cergas, kuat
�� Idea 2 zaman saiber, pelbagai kemudahan – malas bersukan – mudarat, badan lemah
�� Idea 3 bersukan, sifat mulia – sifat sabar, kerjasama – harmoni, eratkan perpaduan kaum
�� Idea 4 terhindar, gejala sosial – mencuri, melepak, ketagih dadah – merosakkan diri remaja
�� Penutup bersukan sebagai aktiviti harian – memperoleh keharmonian hidup – sihat, cerdas
Faedah-faedah Aktiviti Bersukan
Bersukan merupakan salah satu kegiatan yang penting dalam kehidupan kita. Badan
yang sihat terhasil daripada kerajinan kita bersukan. Jika kita tidak bersukan, kita akan
lemah dan mudah dihinggapi penyakit.
Idea
Contoh
Impak
Bersukan ada beraneka jenis. Antara kegiatan sukan ialah olahraga, renang,
bola sepak, berjoging, berjalan kaki, dan sebagainya. Anggota tubuh badan kita akan
menjadi cergas dan kuat dengan bersukan.
Idea
Contoh
Impak
Pada zaman saiber yang semakin canggih ini, banyak kemudahan telah
tersedia. Kemudahan ini mengakibatkan orang malas untuk bersukan. Sikap ini akan
m emudaratkan diri kita. Badan kita akan menjadi lemah dan mudah terkena penyakit.
Idea
Contoh
Impak
Menerusi kegiatan sukan juga, kita dapat membentuk sifat-sifat yang mulia
seperti sabar, bekerjasama, bertolak ansur, dan semangat toleransi. Malah, dengan
b ersukan dapat mewujudkan keharmonian dan perpaduan antara kaum di negara kita.
Idea
Contoh
Impak
Bersukan dapat membentuk sikap mulia seseorang insan. Bersukan juga dapat
menghindarkan diri daripada terjebak dalam gejala yang tidak diingini seperti mencuri,
melepak, dan menagih dadah. Gejala sosial seperti inilah yang akan merosakkan diri
kita terutamanya muda-mudi.
Idea
Contoh
Impak
Oleh itu, kita hendaklah menjadikan sukan sebagai satu daripada aktiviti harian
kita. Dengan bersukan, kita akan memperoleh kehidupan yang sihat dan sejahtera.
Badan yang sihat lahirlah otak yang cerdas.
Idea
Contoh
Impak
Model Tuntas UPSR 1
Penulisan Tuntas Bahasa Malaysia UPSR 8 Bahagian B : Menulis Karangan
PENULISAN TUNTAS BAHASA MALAYSIA UPSR – TAHUN 4, 5, 6
SUKATAN PELAJARAN TERKINI – FORMAT ITEM UPSR TERKINI
Peribahasa
Tuliskan sebuah karangan yang menghuraikan peribahasa “Sesal Dahulu Pendapatan, Sesal
Kemudian Tidak Berguna”.
FORMAT ITEM / SOALAN KUNCI ITEM / SOALAN MEMPERLUAS AYAT
Umum Khusus Akan Sedang Telah Terkecuali Idea Contoh Impak
√ √ √ √ √
�� KERANGKA IDEA {TEKNIK I. C. I.} {Idea / Contoh / Impak}
�� Info peribahasa, bahasa indah – menyuntik nasihat, sindiran – selit unsur pengajaran
�� Idea 1 peribahasa dicipta, maksudnya – keterangan peribahasa – huraian peribahasa
�� Idea 2 contoh, orang malas – main, menonton televisyen – tidak boleh menjawab soalan
�� Idea 3 gagal peperiksaan – berasa malu pada kawan-kawan – sesalan tiada gunanya
�� Idea 4 benar kata peribahasa – berhati-hati melakukan sesuatu – terlanjur bawa padah
�� Penutup bijak membuat perbandingan – otak untuk berfikir – maju selangkah ke hadapan
Sesal Dahulu Pendapatan, Sesal Kemudian Tidak Berguna
Peribahasa ialah satu rangkai kata yang mempunyai bahasa yang indah dan menarik.
Peribahasa dihasilkan bertujuan untuk menyuntik nasihat, membimbing, kiasan atau
menyindir. Peribahasa juga membawa unsur-unsur pengajaran atau didaktik.
Idea
Contoh
Impak
Antara beribu-ribu peribahasa yang dicipta ialah “sesal dahulu pendapatan,
sesal kemudian tidak berguna”. Peribahasa ini membawa maksud jika kita mahu
melakukan sesuatu, kita hendaklah berfikir terlebih dahulu tentang baik dan buruknya.
Keputusan yang dibuat dapat mengelakkan kita daripada menyesal kemudian hari.
Idea
Contoh
Impak
Sebagai contoh, Manan sangat malas belajar, semua kerja sekolahnya tidak
selesai. Setiap hari, dia asyik bermain permainan video dan menonton cerita kartun.
Semasa ujian, dia tidak dapat menjawab soalan dan tidak tahu jawapan yang tepat.
Idea
Contoh
Impak
Manan gagal dalam peperiksaan. Dia berasa malu pada kawan-kawannya. Dia
menyesal kerana tidak mendengar nasihat guru dan ibu bapanya. Namun, segalanya
telah terjadi, nasi sudah menjadi bubur. Manan tidak boleh berbuat apa-apa lagi.
Idea
Contoh
Impak
Benarlah kata peribahasa Melayu “sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian
tidak berguna”. Kita mesti berhati-hati dan berfikir terlebih dahulu sebelum membuat
sesuatu. Terlajak perahu boleh diundur, terlanjur perbuatan buruk padahnya.
Idea
Contoh
Impak
Kesimpulannya, peribahasa “sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak
berguna” mengingatkan kita bahawa sememangnya orang-orang tua dahulu bijak
membandingkan sesuatu yang ada di alam fana ini dengan diri manusia. Gunaklah
otak untuk berfikir. Sejenak berfikir, selangkah ke hadapan, setingkat pengetahuan.
Idea
Contoh
Impak
Model Tuntas UPSR 1
Penulisan Tuntas Bahasa Malaysia UPSR 9 Bahagian B : Menulis Karangan
PENULISAN TUNTAS BAHASA MALAYSIA UPSR – TAHUN 4, 5, 6
SUKATAN PELAJARAN TERKINI – FORMAT ITEM UPSR TERKINI
Surat Kiriman Tidak Rasmi
Andaikan bahawa rakan kamu memenangi tempat pertama dalam pertandingan mengarang
cerita kanak-kanak peringkat kebangsaan sempena sambutan Hari Guru pada tahun ini. Tulis
sepucuk surat kepada rakan kamu itu untuk menyampaikan ucapan tahniah kepadanya.
�� KERANGKA IDEA
�� Format format surat kiriman tak rasmi – alamat lengkap pengirim – tarikh dan tandatangan
�� Idea 1 pembuka kata, kata alu-aluan – mendoakan kesejahteraan kawan – cerita diri sendiri
�� Idea 2 kejayaan, ucapan tahniah – johan peraduan mengarang – terbaca dalam akhbar
�� Idea 3 menjangka kemenangan – membaca esei, majalah Kuntum – unsur humor, saspens
�� Idea 4 kagum dengan hasil penulisan – bergenang air mata – watak sedih, menyayat hati
�� Penutup mendoakan kejayaan – terus bergiat dalam penulisan – berkirim salam buat keluarga
Menyampaikan Ucapan Tahniah
No. 5, Jalan Budi 1,
25/21A, Taman Sri Muda,
46000 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan.
19 Mei 2008.
Menemui sahabatku Hani Mazwin yang diingati selalu, semoga saudari berada dalam
keadaan sihat sejahtera. Saya dan keluarga saya di sini sihat-sihat sahaja.
Saudari,
Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan tahniah atas kejayaan cemerlang saudari
memenangi tempat pertama dalam pertandingan mengarang cerita kanak-kanak peringkat
kebangsaan sempena sambutan Hari Guru pada tahun ini.
Sebenarnya, kemenangan saudari sudah saya jangkakan. Saya sudah membaca esei
saudari dalam majalah Kuntum. Esei itu amat menarik dan jalan ceritanya juga ada diselitkan
babak humor dan saspens.
Saya kagum akan hasil karya penulisan saudari yang bertajuk “Tekal Menempuh Hidup”.
Bergenang air mata saya tatkala melalui babak-babak yang sedih dan menyayat hati. Saya
senantiasa mendoakan agar saudari terus bergiat dalam bidang penulisan ini. Saya berazam
untuk mencontohi kejayaan saudari suatu hari nanti.
Sekian sahaja buat kali ini. Salam mesra daripada saya buat saudari sekeluarga.
Sahabatmu yang ikhlas,
Nurliyana Husna
Model Tuntas UPSR 1
Penulisan Tuntas Bahasa Malaysia UPSR 10 Bahagian B : Menulis Karangan
PENULISAN TUNTAS BAHASA MALAYSIA UPSR – TAHUN 4, 5, 6
SUKATAN PELAJARAN TERKINI – FORMAT ITEM UPSR TERKINI
Surat Kiriman Rasmi
Kelas kamu menghadapi masalah kerosakan lampu dan kipas angin. Selaku ketua kelas, kamu
dikehendaki menulis surat kepada Guru Besar untuk memberitahu masalah tersebut.
�� KERANGKA IDEA
�� Format alamat pengirim dan alamat penerima, tarikh – tandatangan nama, dan jawatan
�� Idea 1 kata panggilan rasmi – perkara, tajuk surat – tujuan, isi surat, ditulis ringkas dan tepat
�� Idea 2 mewakili kelas Enam Bestari – mengemukakan aduan – rosak lampu, kipas angin
�� Idea 3 lampu rosak, sukar belajar – kipas angin tidak berfungsi – tumpuan belajar terganggu
�� Idea 4 ganggu tumpuan belajar – mengharapkan tindakan sewajarnya – kesulitan berakhir
�� Penutup kerjasama, perhatian – ucapan terima kasih – ungkapan bertatasusila, akhiri surat
Aduan Kerosakan Lampu dan Kipas Angin
Ketua kelas,
Tahun Enam Bestari,
Sekolah Kebangsaan Sungai Tungku.
Guru Besar,
Sekolah Kebangsaan Sungai Tungku,
36000 Teluk Intan,
Perak Darul Ridzuan.
24 Mac 2008.
Tuan,
ADUAN KEROSAKAN LAMPU DAN KIPAS
Dengan segala hormatnya, saya merujuk perkara di atas.
2. Saya mewakili murid-murid Tahun Enam Bestari ingin mengemukakan satu aduan.
Aduan saya ialah tentang kerosakan lampu dan kipas angin di kelas kami.
3. Untuk pengatahuan tuan, kerosakan ini berlaku sejak awal tahun. Lampu yang rosak
juga menyukarkan kami belajar ketika cuaca mendung. Kipas angin yang tidak berfungsi pula
menyebabkan keadaan kelas kurang selesa.
4. Tambahan pula, perkara ini akan mengganggu tumpuan kami semasa belajar. Saya
mengharapkan agak pihak sekolah dapat mengambil tindakan yang sewajarnya. Semoga
kesulitan yang kami alami, akan segera berakhir.
Kerjasama dan perhatian pihak tuan, didahului ucapan terima kasih. Sekian dimaklumkan.
Saya yang benar,
Rizalman
(RIZALMAN BIN KHUSAIRI)
Ketua kelas,
Tahun Enam Bestari.
Model Tuntas UPSR 1
Penulisan Tuntas Bahasa Malaysia UPSR 11 Bahagian B : Menulis Karangan
PENULISAN TUNTAS BAHASA MALAYSIA UPSR – TAHUN 4, 5, 6
SUKATAN PELAJARAN TERKINI – FORMAT ITEM UPSR TERKINI
Diari / Catatan
Sekolah kamu telah mengadakan sambutan Hari Guru. Tulislah catatan lengkap tentang aktiviti
sambutan Hari Guru yang dijalankan pada hari tersebut.
FORMAT ITEM / SOALAN KUNCI ITEM / SOALAN MEMPERLUAS AYAT
Umum Khusus Akan Sedang Telah Terkecuali Idea Contoh Impak
√ √ √ √ √
�� KERANGKA IDEA {TEKNIK I. C. I.} {Idea / Contoh / Impak}
�� Format hari, tarikh, masa, dan tempat – rakaman peristiwa – catatan, nyatakan dengan jelas
�� Idea 1 8.00 pagi, ucapan Guru Besar – membaca perutusan khas – perutusan Hari Guru
�� Idea 2 8.45 pagi, sukaneka bermula – acara yang dijalankan – perlawanan bola baling
�� Idea 3 9.45 pagi, persembahan Hari Guru – persembahan nasyid – pementasan drama
�� Idea 4 11.00 pagi, rehat, jamuan – pelbagai kuih dihidangkan – sungguh menyelerakan
�� Penutup 11.45 pagi, penyampaian hadiah – akhiri sambutan – YDP PIBG sampaikan hadiah
Catatan Sambutan Hari Guru
RABU, 16 MEI 2007
7.45 pagi
Semua warga sekolah berkumpul di dataran kejat bagi meraikan sambutan Hari Guru
2007. Keadaan cuaca cerah pada hari itu. Semua guru dan murid-murid tampak ceria.
Idea
Contoh
Impak
8.00 pagi
Acara dimulakan dengan ucapan daripada Guru Besar. Diikuti Cikgu Norlian membaca
perutusan Yang Berhormat Menteri Pelajaran. Selepas itu, Cikgu Choo Saw Wan pula
membaca perutusan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia.
Idea
Contoh
Impak
8.45 pagi
Sukaneka dimulakan dengan acara rebut kerusi. Seterusnya acara lari bawa lilin dan
i s i air dalam botol. Perlawanan bola baling juga diadakan antara murid dengan guru.
Idea
Contoh
Impak
9.45 pagi
Persembahan sambutan Hari Guru dimulakan. Antara persembahannya ialah muridmurid
tahun tiga menyanyikan lagu nasyid dalam bahasa Arab. Murid-murid tahun
e nam pula mempersembahkan drama pendek yang berjudul “Guru Kampung”.
Idea
Contoh
Impak
11.00 pagi
Majlis berhenti rehat, kami menikmati jamuan yang disediakan. Kami makan bersamasama
guru, kaki tangan sekolah dan anggota PIBG yang hadir. Pelbagai jenis kuih
turut dihidangkan. Semua hidangan yang tersedia membuka selera kami.
Idea
Contoh
Impak
11.45 pagi
Upacara penyampaian hadiah acara sukaneka mengakhiri sambutan Hari Guru pada
tahun ini. Hadiah disampaikan oleh Yang Dipertua PIBG, Encik Ariffin bin Mat Rawi.
Idea
Contoh
Impak
Model Tuntas UPSR 1
Penulisan Tuntas Bahasa Malaysia UPSR 12 Bahagian B : Menulis Karangan
PENULISAN TUNTAS BAHASA MALAYSIA UPSR – TAHUN 4, 5, 6
SUKATAN PELAJARAN TERKINI – FORMAT ITEM UPSR TERKINI
Berita
Kamu telah menyaksikan suatu pameran buku di tempat tinggal kamu. Sebagai wartawan
majalah sekolah, kamu ditugaskan menulis satu berita tentang pameran buku tersebut.
FORMAT ITEM / SOALAN KUNCI ITEM / SOALAN MEMPERLUAS AYAT
Umum Khusus Akan Sedang Telah Terkecuali Idea Contoh Impak
√ √ √ √ √
�� KERANGKA IDEA {TEKNIK I. C. I.} {Idea / Contoh / Impak}
�� Info tempat peristiwa, tarikh – tajuk berita yang ditulis – mesti dinyatakan, tepat dan jelas
�� Idea 1 banyak syarikat buku terlibat – pameran seminggu – pelbagai jenis buku dipamerkan
�� Idea 2 objektif pameran – memupuk minat membaca – merealisasikan Progam NILAM
�� Idea 3 pertandingan bercerita, melukis – terbahagi dua kategori – tahap satu, tahap dua
�� Idea 4 pertandingan melukis – hadiah wang tunai, alat tulis – sumbangan syarikat buku
�� Penutup potongan harga istimewa – suasana meriah – mendapat sambutan menggalakkan
Berita Pameran Buku
KOTA BHARU, 2 Disember – Pameran buku telah diadakan pada 1 Disember 2007
bertempat di Dewan Utama, Sekolah Menengah Kebangsaan Pengkalan Chepa,
Kelantan. Pameran ini telah dirasmikan oleh Doktor Ahmad Zaidi bin Kamarulzaman,
Pengarah Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia.
Idea
Contoh
Impak
Banyak syarikat buku dan kedai buku menyertai pameran ini. Pameran yang
diadakan selama seminggu ini dibuka dari pukul 8.00 pagi hingga 10.00 malam setiap
hari. Pelbagai jenis buku cerita, buku rujukan, kamus, dan majalah dipamerkan.
Idea
Contoh
Impak
Tujuan pameran ini diadakan adalah untuk menggalakkan dan memupuk minat
membaca dalam kalangan murid dan orang ramai. Selain itu, pameran ini merupakan
s atu daripada langkah untuk merealisasikan Program NILAM di sekolah.
Idea
Contoh
Impak
Sempena pameran buku ini, pertandingan bercerita dan melukis juga turut
diadakan. Pertandingan ini dibahagikan kepada dua kategori. Satu kategori untuk
m urid-murid tahap satu manakala satu kategori lagi untuk murid-murid tahap dua.
Idea
Contoh
Impak
Semua peralatan dan kelengkapan bagi pertandingan bercerita dan peraduan
melukis disediakan bagi oleh pihak penganjur. Pemenang bagi pertandingan ini akan
menerima hadiah berupa wang tunai, buku cerita dan alat tulis. Hadiah disumbangkan
oleh syarikat-syarikat buku terkemuka.
Idea
Contoh
Impak
Sempena pameran ini juga, pembeli diberi potongan harga istimewa sehingga
50% daripada harga asal. Suasana pameran sungguh meriah. Pameran buku yang
diadakan juga mendapat sambutan yang sangat menggalakkan daripada orang ramai.
Semua pihak berpuas hati dengan pengurusan pameran buku kali ini.
Idea
Contoh
Impak
Model Tuntas UPSR 1
Penulisan Tuntas Bahasa Malaysia UPSR 13 Bahagian B : Menulis Karangan
PENULISAN TUNTAS BAHASA MALAYSIA UPSR – TAHUN 4, 5, 6
SUKATAN PELAJARAN TERKINI – FORMAT ITEM UPSR TERKINI
Laporan Aktiviti
Kamu telah terpilih untuk menyertai satu perkhemahan unit beruniform anjuran sekolah kamu.
Tuliskan laporan tentang perkhemahan yang kamu sertai itu.
�� KERANGKA IDEA
�� Format tajuk laporan anda – tandatangan, nama, jawatan, tarikh – perkhemahan pengakap
�� Idea 1 tempat perkhemahan – jangka masa perkhemahan – waktu bermula, waktu berakhir
�� Idea 2 penerangan, ketua patrol – mendirikan khemah – menyediakan alatan memasak
�� Idea 3 makan tengah hari – rehat selama dua jam – mencuci pakaian dan mandi-manda
�� Idea 4 malam, motivasi minda – penceramah, tuan imam – Sihat Jasmani, Ceria Rohani
�� Penutup perkhemahan berakhir – kemas barang, alatan perkhemahan – bergerak pulang
Laporan Perkhemahan Pengakap
LAPORAN PERKHEMAHAN PENGAKAP
SEKOLAH KEBANGSAAN SERI KANDI
DURIAN TUNGGAL, MELAKA
Pada hari Jumaat, 25 Mei 2008 yang lalu, seramai 40 orang anggota pengakap dan enam
orang guru dari Sekolah Kebangsaan Seri Kandi, Durian Tunggal, Melaka telah mengadakan
perkhemahan pengakap di Hutan Lipur Ayer Keruh, Melaka.
Di lokasi perkhemahan, ketua patrol memberi penerangan dan arahan ringkas tentang
tugasan setiap anggota pengakap. Tanpa membuang masa, kami mendirikan khemah. Di
samping itu, ada anggota pengakap yang menyediakan peralatan untuk memasak.
Waktu makan tengah hari telah ditetapkan pada pukul 12.30 tengah hari. Kami juga
diberi masa untuk riadah dan berehat selama dua jam. Waktu ini kami gunakan untuk mencuci
pakaian dan mandi-manda di kawasan air terjun, Hutan Lipur Ayer Keruh.
Pada sebelah malamnya pula, selepas solat Isyak, majlis ceramah diadakan. Ceramah
disampaikan oleh Imam Masjid Bandar Melaka. Ceramahnya bertajuk “Sihat Jasmani, Ceria
Rohani”. Ceramah ini tamat pada pukul 11.30 malam.
Ahad, 27 Mei 2008, berakhirlah perkhemahan kami di Hutan Lipur Ayer Keruh. Pada
pukul 2.30 petang, kami diarahkan supaya mengemas barang dan alat-alat perkhemahan.
Pada pukul 3.00 petang, kami bergerak pulang dengan menaiki bas sekolah.
Laporan disediakan oleh, 10 Jun 2008.
Ahmad Hakimi
(AHMAD HAKIKI BIN AHMAD DAHALAN)
Setiausaha Pertubuhan Pengakap,
Sekolah Kebangsaan Seri Kandi.
Model Tuntas UPSR 1
Penulisan Tuntas Bahasa Malaysia UPSR 14 Bahagian B : Menulis Karangan
PENULISAN TUNTAS BAHASA MALAYSIA UPSR – TAHUN 4, 5, 6
SUKATAN PELAJARAN TERKINI – FORMAT ITEM UPSR TERKINI
DIALOG / TEMU RAMAH / WAWANCARA
Rakan kamu terlantar di hospital akibat kemalangan jalan raya. Kamu menziarahi rakan kamu
itu di hospital dan kamu ingin mengetahui tentang kejadian tersebut. Tuliskan perbualan kamu
dengan rakan kamu itu.
FORMAT ITEM / SOALAN KUNCI ITEM / SOALAN MEMPERLUAS AYAT
Umum Khusus Akan Sedang Telah Terkecuali Idea Contoh Impak
√ √ √ √ √
�� KERANGKA IDEA
�� Format bentuk penulisan dialog – kata sapaan yang sesuai – bertanya khabar, terima kasih
�� Idea 1 waktu kemalangan berlaku – selepas aktiviti kokurikulum – tempat berlaku tragedi
�� Idea 2 ketika perjalanan pulang – dilanggar kereta dari belakang – tercampak di jalan raya
�� Idea 3 kaki kanan patah – tempurung lutut kiri retak – hampir seluruh badan luka, calar-balar
�� Idea 4 pengsan, dihantar ke hospital – oleh pemuda yang melanggar – bantuan sebuah van
�� Penutup mendoakan, cepat sembuh – ucapan terima kasih – berjanji, berkunjung semula
Dialog dengan Rakan di Hospital
Saya mengunjungi sahabat saya, Nordin yang sedang terlantar di hospital. Nordin terlibat
dalam satu kemalangan jalan raya. Ikuti perbualan saya dengan rakan saya itu.
Rahim
Nordin
:
:
Apa khabar, Nordin?
Khabar baik. Terima kasih kerana sudi melawat saya di sini.
Rahim
Nordin
:
:
Boleh saya tahu. Bila dan di mana kemalangan itu berlaku?
Boleh, apa salahnya. Kemalangan itu berlaku petang semalam. Ketika itu saya
dan kawan-kawan baru selesai menjalani kegiatan kokurikulum. Kejadian itu
berlaku di simpang tiga, berhampiran Warung Nasi Lemak Along.
Rahim
Nordin
:
:
Bagaimana kemalangan itu boleh berlaku?
Kemalangan itu berlaku semasa saya dalam perjalanan hendak pulang ke
rumah. Tiba-tiba, sebuah kereta melanggar basikal saya dari arah belakang.
Saya tercampak di atas jalan raya, basikal saya putus dua.
Rahim
Nordin
:
:
Apakah kecederaan yang awak alami?
Kaki kanan saya patah. Tempurung lutut kiri saya retak. Hampir seluruh badan
saya mengalami luka dan calar-balar.
Rahim
Nordin
:
:
Syukurlah, awak terselamat! Siapa yang menghantar awak ke hospital?
Ketika itu, saya pengsan. Menurut ceritanya, pemuda yang melanggar saya
itulah yang menghantar saya ke hospital. Dia menghantar saya ke sini dengan
bantuan sebuah van yang lalu ketika itu.
Rahim
Nordin
Rahim
:
:
:
Saya doakan agar awak cepat sembuh dan segera kembali ke sekolah.
Terima kasih, Rahim. Jika kamu ada masa lapang sudilah lagi menjenguk saya
di sini. Kirim salam saya pada kawan-kawan.
Sama-sama. Baiklah, saya akan datang lagi bersama kawan-kawan yang lain.
Model Tuntas UPSR 1
Penulisan Tuntas Bahasa Malaysia UPSR 15 Bahagian B : Menulis Karangan
PENULISAN TUNTAS BAHASA MALAYSIA UPSR – TAHUN 4, 5, 6
SUKATAN PELAJARAN TERKINI – FORMAT ITEM UPSR TERKINI
Ucapan / Ceramah
Sekolah kamu akan mengadakan sambutan Hari Kanak-kanak Sedunia peringkat sekolah.
Sebagai ketua pengawas sekolah, kamu diminta untuk menyampaikan ucapan dalam majlis
tersebut. Tuliskan ucapan kamu itu selengkapnya.
FORMAT ITEM / SOALAN KUNCI ITEM / SOALAN MEMPERLUAS AYAT
Umum Khusus Akan Sedang Telah Terkecuali Idea Contoh Impak
√ √ √ √ √
�� KERANGKA IDEA {TEKNIK I. C. I.} {Idea / Contoh / Impak}
�� Format kata alu-aluan, penghormatan – terima kasih, menyatakan tajuk – mengakhiri ucapan
�� Idea 1 nyatakan tujuan sambutan – bimbingan, pendidikan diberi perhatian – ibu bapa, guru
�� Idea 2 beruntung, dapat perhatian – usaha perlu diteruskan – acuan generasi akan datang
�� Idea 3 nasib kanak-kanak lain – kurang mendapat perhatian – kesihatan, akibat peperangan
�� Idea 4 umpama kain putih – ibu bapa, guru mencorakkannya – menjadi insan yang berguna
�� Penutup ucapan “Selamat Hari Kanak-kanak” – mengharapkan ceria, bahagia – terima kasih
Sambutan Hari Kanak-kanak Sedunia
Terima kasih Tuan Pengerusi Majlis, yang berusaha Guru Besar, guru-guru, ibu bapa
dan rakan seperjuangan sekalian. Salam sejahtera saya ucapkan. Terlebih dahulu
saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kerana memberi peluang kepada saya
berucap sempena majlis sambutan Hari Kanak-kanak Sedunia pada hari ini.
Idea
Contoh
Impak
Kita semua sedia maklum bahawa pada 17 Oktober setiap tahun merupakan
Hari Kanak-kanak Sedunia. Tujuan sambutan ini diadakan adalah untuk memastikan
segala asuhan, bimbingan, dan pendidikan diberi perhatian sewajarnya oleh pihakpihak
yang bertanggungjawab khasnya ibu bapa dan guru-guru kepada kanak-kanak.
Idea
Contoh
Impak
Sebagai rakyat Malaysia yang cinta akan negara, kita amat beruntung kerana
mendapat perhatian, dan pendidikan yang sempurna. Namun begitu, pelbagai usaha
perlu diteruskan bagi memastikan generasi akan datang lebih menikmati apa yang kita
k ecapi sekarang ini. Kanak-kanak hari ini merupakan acuan generasi akan datang.
Idea
Contoh
Impak
Selain itu, dalam mengecapi semua keistimewaan ini, kita jangan lupa akan
rakan-rakan yang kurang bernasib baik dari negara lain. Mereka tidak mendapat
l a yanan yang sepatutnya. Malah ada yang terkorban disebabkan peperangan.
Idea
Contoh
Impak
Kami umpama kain putih, Ibu bapa dan guru-gurulah yang bakal mencorakkan
kami dengan didikan yang sempurna. Semoga kami menjadi manusia yang berguna.
Insan yang dapat menyumbang serta berbakti kepada agama, bangsa, dan negara.
Idea
Contoh
Impak
Akhir kata, sebelum saya mengundur diri, terimalah ucapan “Selamat Hari
Kanak-kanak Sedunia”. Semoga kita lebih ceria dan bahagia di bawah lembayung
kasih sayang ibu bapa dan asuhan guru-guru yang dedikasi. Sekian, terima kasih.
Idea
Contoh
Impak
Model Tuntas UPSR 1
Penulisan Tuntas Bahasa Malaysia UPSR 16 Bahagian B : Menulis Karangan
PENULISAN TUNTAS BAHASA MALAYSIA UPSR – TAHUN 4, 5, 6
SUKATAN PELAJARAN TERKINI – FORMAT ITEM UPSR TERKINI
Syarahan
Kamu terpilih mewakili sekolah kamu dalam satu pertandingan syarahan. Tajuk syarahan yang
telah ditetapkan semasa pertandingan itu ialah “Faedah-faedah Mengikuti Lawatan Sambil
Belajar”. Sediakan teks syarahan kamu itu selengkapnya.
FORMAT ITEM / SOALAN KUNCI ITEM / SOALAN MEMPERLUAS AYAT
Umum Khusus Akan Sedang Telah Terkecuali Idea Contoh Impak
√ √ √ √ √
�� KERANGKA IDEA {TEKNIK I. C. I.} {Idea / Contoh / Impak}
�� Format kata alu-aluan, bertatasusila – beri salam, ucap selamat – penegasan tajuk syarahan
�� Idea 1 banyak tempat menarik – pantai, tanah tinggi – berkunjung ke tempat bersejarah
�� Idea 2 lawatan sambil belajar – menambah ilmu pengetahuan – melihat secara dekat
�� Idea 3 lawatan, memberi ketenangan minda – berehat di pulau – memberi nafas baru
�� Idea 4 memanfaatkan masa – terhindar daripada gejala sosial – berfikiran sihat, matang
�� Penutup ulasan, faedah lawatan – jauh berjalan, luas pengalaman – Cuti-cuti Malaysia
Faedah-faedah Mengikuti Lawatan Sambil Belajar
Yang saya hormati Tuan Pengerusi Majlis. Yang Berusaha Tuan Guru Besar, guruguru
penolong kanan, guru-guru, dan rakan sekalian. Assalamualaikum dan salam
sejahtera saya ucapkan. Pada pagi yang nyaman ini, izinkan saya menyampaikan
sebuah syarahan yang bertajuk “Faedah-faedah Mengikuti Lawatan Sambil Belajar”.
Idea
Contoh
Impak
Kita amat beruntung kerana negara kita banyak tempat yang boleh dilawati.
Kita boleh ke kawasan peranginan di puncak gunung, bersantai di tepi pantai, dan
beriadah di kawasan air terjun. Kita juga boleh berkunjung ke tempat bersejarah.
Idea
Contoh
Impak
Mengikuti lawatan sambil belajar bersama-sama keluarga ataupun rakan boleh
menambahkan ilmu pengetahuan. Sebagai contoh, jika ke negeri Melaka, kita akan
d apat melihat kesan bersejarah seperti Kota A Famosa dan Bangunan Stadhuys.
Idea
Contoh
Impak
Aktiviti makan angin boleh memberi ketenangan minda setelah penat belajar.
Sebagai contoh, jika kita berpeluang menyaksikan keindahan Pulau Langkawi, hati
akan berasa terhibur. Perasaan kita juga akan menjadi tenang. Emosi yang tenang
d apat memudahkan kita mengulang kaji semula pelajaran dengan lebih berkesan.
Idea
Contoh
Impak
Mengikuti sesi lawatan sambil belajar bermakna kita telah menggunakan masa
lapang dengan aktiviti yang bermanfaat. Jika tidak turut serta, berkemungkinan juga
kita bercampur gaul dengan budak-budak nakal. Kesannya, barangkali kita terjebak
dalam kegiatan yang tidak sihat seperti melepak dan berpelesaran.
Idea
Contoh
Impak
Demikianlah serba sedikit faedah yang dapat diperoleh apabila mengikuti
lawatan sambil belajar. Sesunggunya luas berjalan, luaslah pengalaman kita. Oleh itu,
sertai Cuti-cuti Malaysia. Sekian, terima kasih.
Idea
Contoh
Impak
Model Tuntas UPSR 1
Penulisan Tuntas Bahasa Malaysia UPSR 17 Bahagian B : Menulis Karangan
PENULISAN TUNTAS BAHASA MALAYSIA UPSR – TAHUN 4, 5, 6
SUKATAN PELAJARAN TERKINI – FORMAT ITEM UPSR TERKINI
Perbahasan
Kamu telah dipilih memasuki pertandingan perbahasan peringkat kelompok. Sebagai pihak
pencadang, kamu dikehendaki menyokong tajuk perbahasan “Peranan Ibu Bapa Lebih Penting
daripada Peranan Guru dalam Membentuk Disiplin”. Tuliskan hujah-hujah kamu selengkapnya.
FORMAT ITEM / SOALAN KUNCI ITEM / SOALAN MEMPERLUAS AYAT
Umum Khusus Akan Sedang Telah Terkecuali Idea Contoh Impak
√ √ √ √ √
�� KERANGKA IDEA {TEKNIK I. C. I.} {Idea / Contoh / Impak}
�� Format kata sapaan/aluan, beri salam – sokong tajuk, penegasan tajuk – ucap terima kasih
�� Idea 1 Ibu bapa, tanggungjawab kepada anak – sebagai model ikutan – gambaran keluarga
�� Idea 2 sekolah masa, peranan guru terhad – beban tugas guru – pelbagai kerenah murid
�� Idea 3 berakhir waktu sekolah – murid lebih lama di rumah – ibu bapa perlu beri asuhan
�� Idea 4 perhatian, pengawasan ibu bapa – hindari merokok, berpeleseran – masalah disiplin
�� Penutup penutup hujah – penegasan tajuk perbahasan – fikir, laksanakanlah keputusan bijak
Peranan Ibu Bapa Lebih Penting daripada Peranan Guru dalam Membentuk Disiplin
Yang berusaha Tuan Guru Besar, para hakim yang bijaksana, guru-guru, barisan
pembangkang yang saya hormati dan rakan sekalian. Berdirinya saya di sini adalah
untuk menyokong tajuk perbahasan pada hari ini iaitu “Peranan Ibu Bapa Lebih
Penting daripada Peranan Guru dalam Membentuk Disiplin”.
Idea
Contoh
Impak
Ibu bapa ialah orang yang bertanggungjawab terhadap kelahiran seseorang
insan. Sebelum kanak-kanak itu menjejaki alam persekolahan, keluargalah menjadi
idola mereka. Jika baik yang mereka lihat dan dengar maka baiklah yang mereka ikut.
Idea
Contoh
Impak
Murid-murid berada di sekolah selama kira-kira lima jam. Dengan peranan dan
masa yang terhad, guru-guru tidak mampu untuk membentuk disiplin murid dengan
lebih sempurna. Malahan, guru-guru juga terpaksa melakukan tugasan lain di samping
b erhadapan dengan pelbagai kerenah anak didik mereka.
Idea
Contoh
Impak
Setelah tamat waktu persekolahan, berakhirlah peranan guru. Guru-guru sudah
tentu tidak dapat memberi perhatian kepada anak-anak didik mereka. Ketika inilah, ibu
b apa memainkan peranan penting mengasuh anak-anak mereka.
Idea
Contoh
Impak
Ibu bapa perlu memberi perhatian dan mengawasi anak-anak mereka supaya
tidak melakukan perkara-perkara yang tidak baik seperti merokok, melepak, merayau,
dan berpeleseran. Jika ibu bapa gagal memainkan peranan tersebut dengan baik dan
sewajarnya, masalah disiplin akan menjadi lebih teruk dan sukar dibendung.
Idea
Contoh
Impak
Berdasarkan hujah-hujah di atas, jelaslah bahawa peranan ibu bapa lebih
penting daripada peranan guru dalam membentuk disiplin kanak-kanak. Ibu bapalah
yang dapat menentukan agar nasi tidak menjadi bubur. Fikirkanlah dan laksanakanlah
peranan masing-masing dengan penuh rasa tanggungjawab. Sekian, terima kasih.
Idea
Contoh
Impak
Model Tuntas UPSR 1

0 ulasan: